Pasukan Liga Super

CURRAN LAWRANCE PEMAIN NATURALISASI KEDUA FELDA UNITED

Info pemain

Tahukah anda bahawa Curran Lawrance Singh Ferns (24 Tahun) merupakan pemain naturalisasi (yang didaftarkan sebagai pemain tempatan) kedua yang dimiliki oleh Felda United FC selepas Stuart Wark. Pemain yang berdarah kacukan Malaysia-Australia yang pernah beraksi untuk JDT dan Negeri Sembilan ini bermain di posisi Defensive Midfielder dan merupakan pemain pertama yang ditandatangani untuk '2nd Transfer Window' ini. Selamat Datang ke Felda United Curran »

Irfan kecewa aksi pemain Harimau Selatan

KETUA jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim ternyata kecewa dengan sikap pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang merebahkan badan untuk mendapatkan bola.
Jelasnya tindakan ini secara tidak langsung menjejaskan rentak permainan pasukannya ketika cuba mengatur gerakan memburu gol.
'Apa yang saya lihat pemain JDT ada yang bertindak merebahkan badan untuk mendapatkan bola, keadaan ini nyata mengubah rentak ketika kami menyerang,' jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.
Pada perlawanan tersebut, Felda United yang bertandang ke Stadium Larkin terlebih dahulu berada didepan pada minit ke 29 hasil jaringan Lutfullah Turaev sebelum Pereyra Diaz menyamakan kedudukan ketika perlawanan baru memasuki lima minit separuh masa kedua.
Tindakan Adib Aizudin Ab Latif yang mengasari pemain lawan pada minit 60 dan 62 nyata menyebabkan pelawat terpaksa bermain 10 orang apabila pemain tersebut dilayangkan kad merah pengadil perlawanan Mohd Zohri Tajudin.
Keadaan ini dimanfaatkan sepenuhnya tuan rumah untuk terus memburu gol dan ia terhasil dengan gerakan penyudah dari pemain gantian Harimau Selatan, S Chanturu pada minit 82.
Mengulas corak permainan anak didiknya, Irfan Bakti memuji sikap pemainnya walaupun tewas 1-2 kepada lawan.
'Layangan kad merah yang diterima Adib bukanlah punca keseluruhan kekalahan kita malam ini, saya akui ia menjejaskan corak permainan pasukan.'
'Kesilapan pertahanan yang gagal mengeluarkan bola serta lewat  mengekang pergerakan Diaz menyebabkan gol pertama terhasil.'
'Perlawanan baru masuk aksi keempat, masih ada 18 lagi yang perlu diharungi, saya berpuas hati dengan aksi barisan pemain dan kita perlu segera melupakan kekalahan ini,' katanya yang kini akan menumpukan aksi pusingan ketiga Piala FA menentang PKNS FC, di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu ini. »

Pemain Ambil Peranan Bantu Ledak Jaringan

PENGENDALI The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim melihat kejayaan meraih tiga mata pertama pada saingan Liga Super menentang Kedah adalah hasil semangat berpasukan yang dipamerkan anak didiknya.
Ujarnya beraksi tanpa penyerang utama yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan menyebabkan semua pemain mengambil peranan membantu rakan bagi memastikan gol tercipta.
'Sebenarnya ketiadaan Thiago Agusto yang terpaksa mengalami kecederaan hampir enam minggu menyebabkan pasukan beraksi tanpa penyerang tulen. Tanggungjawab ini dipikul bersama pemain yang menterjemahkan dengan dua jaringan untik memastikan tiga mata penuh dilaman sendiri,' jelasnya.
Mengulas ketiadaan Agusto pada perlawanan kali ini, Irfan Bakti mengakui kecederaan yang dialami penjaring terbanyak pasukan dalam saingan Piala Malaysia musim lalu itu tidak lagi bersama Felda United musim ini.
'Kami terpaksa mengambil keputusan membawa masuk penyerang import baharu menggantikan Thiago Agusto yang hanya mampu pulih dalam tempoh enam minggu. Bagi kami ia tempoh yang agak panjang untuk pasukan kehilangan penyerang import diposisi berkenaan. Kita berharap jika segalanya berjalan lancar pendaftaran pemain baharu yang akan menggantikan Thiago Agusto ia mampu memberikan tonik menjelang aksi menentang Sarawak ditempat lawan, Selasa nanti,' katanya.
Pada perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang malam kelmarin, The Fighters mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Kedah 2-0.
Biarpun Kedah menguasai permainan pada babak pertama namun anak-anak buah Tan Cheng Hoe itu gagal meloloskan diri untuk memecah kebuntuan. Tindakan penyudah yang kurang berkesan juga antara punca Kedah terlepas peluang untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan tersebut.
Sebaik babak kedua bersambung, rentak Felda United berubah dan mereka dilihat lebih agresif mengatur gerak.
Corak serangan mereka juga lebih terancang dan hasilnya mereka berjaya meloloskan diri untuk menghasilkan gol pembukaan menerusi Lutfulla Turaev pada minit ke-64 yang mudah menyempurnakan hantaran Zah Rahan Krangar.
Jaringan tersebut ternyata menyemarakkan semangat anak-anak buah Irfan Bakti apabila Zah Rahan pula menjaringkan gol kedua pada minit ke 68 menerusi tendangan penalti. »

Highlight Felda United FC vs Lions XII FC

Perlawanan Liga Super diantara Felda United FC vs Lions XII FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang »

Highlight Felda United FC vs Selangor FA

Perlawanan Piala FA pusingan pertama diantara Felda United FC vs Selangor FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang »

Highlight Felda United FC vs ATM FA

Perlawanan diantara Felda United FC vs ATM FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang »