SEPARUH AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2017

05 Oct 2017 12:00PM

FELDA UNITED vs KEDAH FA SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2017

Pada aksi separuh akhir TM Piala Malaysia 2017,Felda United FC akan bertemu dengan Juara Bertahan edisi lalu iaitu pasukan Kedah.Pasukan Kedah berjaya menumpaskan 'The Red Giant' seterusnya layak ke separuh akhir bagi edisi tahun ini.

Aksi separuh akhir pertama akan berlangsung di gelanggang tuan rumah  Felda United iaitu di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 15 Oktober 2017 dan aksi timbal balik pada 21 Oktober 2017 di Stadium Darul Aman.