Sejarah Penubuhan

Kelab Bola Sepak Felda United merupakan kelab bola sepak yang mewakili FELDA untuk bertanding dalam Liga Malaysia. Kelab ini bertanding dalam Liga Premier Malaysia 2014.

Felda United telah ditubuhkan pada 19 Januari 2007. Kelab ini ditubuhkan untuk mewakili FELDA. Pada awalnya, kelab ini mengadakan perlawanan di Stadium Petronas, Bangi dan Stadium MINDEF, Kuala Lumpur. Apabila dinaikkan ke Liga Perdana, Felda United mula menggunakan Stadium KLFA, Cheras.

Felda United dikenali dengan nama Budak Felda. Para penyokong pasukan ini menggunakan sorakan Serang Bang Serang setiap kali perlawanan Felda United berlangsung.

FELDA UNITED FC